assalamualaikum bebeh! pejam celik pejam celik dah hari ke 10 kita berpuasa. alhamdulillah. korang berbuka apa hari nie? mesti semua tengah membusy bodykan pergi bazar ramadhan kan. ada juga yang tengah memasak juadah untuk berbuka nie. hehe!
okay! hari nie, aku nak cakap-cakap dengan korang tentang pertanyaan tanpa sakitkan hati dan perasaan orang. ye la, ndak-ndak time bulan ramadhan nie kan. mesti ramai yang berkejar-kejar nak mengumpul sebanyak-banyaknye pahala. huhu! bagus-bagus!
hati orang ni kene jaga. lain la kalau hati ayam, boleh dimakan. hati manusia ni, kalau tak dijaga, makan hati orang tu dibuatnya. jadi, bila korang nak ajukan soalan yang boleh menyakitkan hati, maka, korang haruslah berhati-hati dengan soalan itu agar tidak menyakitkan hati diorang.
pada yang dah putus tunang
"dulu kan aku rasa ada cincin kat jari manis kau, kenapa kau tak pakai lagi?"
eloklah korang berlapik sikit time nak menanya soalan yang sensitif cenggini. al maklumlah, isu putus-putus nie kan memang sensitif. lagi-lagi bagi kaum perempuan. diorang nie kan suka ambil sesuatu perkara nie dengan serius. so, berhati-hati ketika berbicara.
yang dipanggil banyak kali tapi tak menjawab atau menyahut
"aku nak tanya, antara kau dengan badak, apakah persamaannya?"
hihi! aku rasa dalam hal ni, elok la kita bercakap dalam aspek gurauan. jangan la hangpa pi marah depa pulak!
pada yang punya anak dara
"mak cik, mak cik, anak mak cik yang kecik-kecik, comel lote tu dah ada yang punya ke mak cik?"
ha, bab kawin-kawin nie lagi serius. mana ada orang kawin main-main.
pada yang suka pakai barang kemas banyak-banyak
"kau ada tengok berita malam tadi? perempuan kene ragut sebab pakai barang kemas? salah perempuan tu jugak, sapa suruh pakai barang kemas banyak-banyak kan?"
yang kene pecat
"teruk la bos kita tu, asik nak pecat orang je. camni aku pun kene berjaga-jaga mana tau esok lusa aku pulak kena pecat. bos pecat kau pasal apa?"
kalau korang nak tau apa puncanya perkara-perkara seperti itu berlaku, tanyalah dengan soalan yang tidak mendatangkan marah atau sedih pada mereka ya. kerana, mesti diorang tengah sedih and terkejut dengan apa yang telah terjadi.
pada yang tak menang peraduan yang disertai (kalau ada la)
"lo, jadi bukan kau la yang menang peraduan tu. aku ingatkan kau tadi pasal nama dah sama, kira aku silap la nih! takpe, bukan rezeki kau."
tak payah deh masuk peraduan tah kebende nie. tak mendatangkan faedah pun. bukannya korang masuk peraduan tu, automatiknya korang akan jadi kaya. tak de kan...
pokok pangkalnye, apa-apa perbuatan haruslah dijaga supaya tidak mendatangkan iri hati ataupun umpatan orang.
p/s: aku agak janggal sikit tulis entry hari nie. kalau ada tersilap ke apa, mohon perbetulkan eh! maklumlah, dah lama tak update blog!
p/s2: ayat aku agak kebudak-budakkan sikit. hikhok!
thank you for reading this entry
YUP..btul kne jaga stp pckpn smoga tak tguris hti org..kdg2 kite x prsn ape yg kite ckp..
ReplyDelete