Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Friday, 2 September 2011

macam mana raya???


hye! olla! assalamualaikum.

hai korang!!! lama betul kita tak jumpa kan, (ayat bajet) hehe! lol anyways, macam mana korang punya celebrate raya? mesti seronok, meriah n segala bagai kan. huhu, kalau saya pulak, best ada, meriah ada, sedih ada, macam2 la ada kan. huhu!! yang paling best, family saya semua ada, tak ada lah sampai semua kan, ada 1 family ni, dia raya dekat sebelah keluarga dia, korang faham kan, hihi!!

btw, raya tahun ni memang padat sikit la program kitorang daripada tahun lepas, tak tau kenapa,

hari raya pertama

erm, bangun dari tidur, mandi apa semua untuk bersiap pergi solat hari raya, dalam pukul 8.00++ -- 9.30++ macam tu lah kan, then, habis je solat hari raya, balik lah kan, hoho! then, lepas balik daripada masjid, mestilah balik rumah kan, bersiap2 apa semua, untuk taking a picture!! hish! bergambar la kan, haha!! lepas dah bergambar apa semua tu, bersalam salaman, bermaaf maafan apa semua kan sambil amibik duit raya!!! hehe! my favorite!! tapi kan, sejak dah meningkat umur ni kan, dah makin berkurangan la duit raya saya! uwaa!! then, pergi beraya rumah sedara dekat ulu senaling, huhu! masa dekat rumah nenek tu, ada la jumpa kawan saya ni, yusmira, ala~ korang tak kenal, maybe lah. then lepas tu, pergi beraya rumah tok induk!! waa!! paling seronok, anak2 dia semua ada, but, masa kitorang nak balik tu kan, tok induk menagis orh, sian, masa dia nagis tu dia ada cakap, "mekasih la melawat orang yang dah tua ni ye."  time tu la dia menagis! sayu2. then, pergi beraya dekat rumah maklong shidah!! ada abang hariz!! dia makin handsome la~ huhu! forget about it yeah!! then, pergi rumah apa eh! nenek saya panggil dia, pak ngah bulin, maybe la, masa kitorang pergi rumah dia tu, dia tinggal sorang, wife dia pergi beraya! hihi! then, dalam pukul 12.30++ macam tu, balik lah kan, lepas kitorang balik tu kan, ramai orh budak2 sedara mara yang datang beraya dekat rumah, hoho! sampai penuh rumah dibuatnya! but, happy!!

hari raya kedua

haa!! raya kedua ni pulak, kitorang pergi balik kampung moyang saya dekat segamat, johor, memang penat la, seharian duduk dalam kereta, masa kitorang sampai je ke destinasi tu, terus pergi jenguk moyang, ye la, kan dia sakit kan, nenek saya la paling suka bila dapat jumpa dengan moyang, ye la, kan  mak dia, then dah lama jumpa kan, mesti rindu!! lepas dah jenguk moyang tu, kitorang pergi la beraya dekat rumah sedara2 dekat sekitar situ kan. pada hari kedua ni la, sampai malam, baru kitorang sampai rumah, hoho!! 7 ke 8 tah buah rumah yang kitorang pergi!! tu yang penat tu, lastly beraya kitorang ke melaka, tu pun last2 minute pak teh nak pergi melaka saja2 haha!!

raya ketiga

hari raya ketiga ni, kiotrang tak pergi mana2 sangat, just, pergi beraya dekat rumah nenek sebelah ayah, then, balik, tunggu orang datang beraya dekat rumah, haha!!


raya keempat
 
erm, hari ni right?! ahah! saya pergi KL rumah mak ngah, act, dia memang balik raya dekat kampung, then, dia kena balik KL semalam cuz, anak dia kerja esok (hari ni lah) then, mak long saya ada bagi dia daging kan, daging tu nenek saya simpan dekat freezer rumah  nenek saya kan, then, masa dia balik tu, nenek saya terbagi dekat dia daging yang lain, ye lah yang mak ngah saya tu pulak, bukan nak check balik, dia terus jeh ambik orh, hehe! then, pagi tu, masa kiotrang tengah breakfast, dia call cakap daging tu, daging salah, laa~ pastu, nenek saya check la dekat freezer balik kan, rupa2nyer daging mak ngah saya tu ada dekat frezze lagi satu, doyai!! kenalah pergi hantar ke KL, ye la, nenek saya tak sedap hati la pulak kan, huhu! erm, okay faham2. then, kitorang dah sampai KL tu apa lagi, pergi la beraya dekat rumah maksu, dekat bangi n lain2 lagi.... kihkihkih! begitulah ceritanya... 
tapi kan, yang paling meriah sekali malam sebelum raya tu kan, kitorang bakar firecrackers, main bunga api n segala bagai lah kan, hehe! time saya main bunga api tu, macam budak2 jeh orh, huhu!! lagi2 mercun yang bunga api yang besar yang dekat atas tu. paliingg best gila!! tu pun, tak habis bakar lagi, ada lagi tu tinggal 11 batang kot!

ohkay la korang, gtg, bye, take care yah!!

HAPPY EID MUBARAK......

wasalam,

thank you for reading this entry

No comments :

Post a Comment

COPYRIGHT@ Segala yang tercatat di dalam blog ini adalah hak milik syazana yaya's blog