Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Thursday, 25 April 2013

berbaik sangka vs syak wasangka



howdy! today aku nak post about cerpen. disebabkan hari sabtu ahad aku tak boleh nak update blog disebabkan aku pergi kem badan beruniform, so, aku nak post hari ni la. tak de la berkapuk sangat blog ni dengan entry aku yang lama tu kan. 

so! korang luangkan lah sedikit masa korang dengan membace cerpen nie eh! tak banyak pun, sikitt jeh.

*dipetik daripada majalah*

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

air yang tenang jangan disangka tiada buaya atau diam-diam ubi berisi, dua peribahasa ini boleh dituju kepada sikap seseorang yang tidak dapat dijangka. mungkin sikap itu menuju ke arah baik atau sikap itu sesuatu yang tidak elok. ada orang yang sikapnya boleh ramal, dan ada orang yang sikapnya unpredictable. kut melayunya tidak boleh dijangka.

ini kali pertama aku dengar cerita seorang pendidik, sebenarnya malas nak cakap mengenai seseorang yang berjasa namun inilah hakikat yang berlaku. dalam seribu mungkin ada seorang seperti ini. 

anak buah aku yang baru tahap satu di sekolah menengah itu bercerita pada aku kisah seorang pendidik yang dianggap baik hati tapi sebenarnya talam dua muka.

"alaa, cikgu nak tutup satu badan ko-kurikulum." katanya.

aku menganga tak faham. kenapa pulak nak tutup-tutup ni? aku pandang ke arahnya untuk tahu cerita selanjutnya.

"kitorang punya badan ko-kurikulum tu selalu menaikkan nama sekolah, dah berbelas tahun dah tapi tahun ni nak kena tutup. sebabnya ada sorang cikgu tu pecah amanah." katanya dengan nafas mengeluh.

aku mengamati kata-katanya kerana jarang dengar kes seperti ini dalam dunia pendidik. nama pun pendidik tentulah nilai-nilai peribadinya tinggi melebihi orang lain.

"cikgu tu kantoi dengan seorang murid bila ada sorang cikgu PIBG tanya pada cikgu ketika murid tu ada di sebelahnya. macam ni katanya, "cikgu dah dapatkan peruntukan untuk badan ko-kurikulum nanti?" murid tu tercengang dan terus cakap, "cikgu bukankah t-shirt yang nak kena pakai hari rabu tu kami semua kena keluar duit sendiri untuk beli?" cerita anak buah aku lagi.

aku dah dapat agak apa yang disampaikan oleh anak buah aku, bermakna cikgu tu claim duit t-shirt untuk anak muridnya tetapi duit tu tak sampai pada murid-muridnya malahan mereka kene minta ibu bapa keluarkan duit. kes berat ni, aku tanya dia apa reaksi cikgu masa tu.

"muka dia memang tak tentu arah tapi dia tukar topik. kemudian tu murid mengadu pada cikgu lain. maka terjadilah soal siasat. nak dibuat soal siasat bukan begitu sahaja. mula-mula kena cari bukti kukuh, tak boleh tuduh melulu. kemudian bila dah ada bukti baru dibawa ke tengah. ketika itu semuanya tidak menyangka selama ini ada yang tak kena.

"tulah, sampai badan ko-kurikulum kitorang ditutup. bila dah siasat balik, banyak peruntukan pihak sekolah dah keluarkan untuk badan ko-kurikulum diluluskan dan diserahkan pada cikgu itu namun yang sampai tak sampai pun tiga puluh peratus." tambahnya lagi.

aku mengangguk-angguk faham, jadi aku tanya lagi apa cerita cikgu tu sekarang.

"erm, dah kena soal dengan SPRM lah. rupa-rupanya benda ni bukan sahaja berlaku sejak kebelakangan ini tapi sejak pertubuhan badan itu lagi. dah banyak sangat ada penyelewengan duit dalam badan ko-kurikulum tu. dah jadi kes beratlah. cikgu tu masih dalam penyiasatan dan digantung dari mengajar sehingga dibicarakan. mungkinkena tukar sekolah atau hukuman yang lebih berat." katanya lagi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

memang jarang dengar cerita macam ni, tapi tak mustahil boleh berlaku. kita memang disuruh berbaik sangka terhadap orang tapi juga perlu ada syak wasangka agar lebih berhati-hati.

peace




thank you for reading this entry

No comments :

Post a Comment

COPYRIGHT@ Segala yang tercatat di dalam blog ini adalah hak milik syazana yaya's blog