sedikit renungan untuk para pembaca sekalian...
takbur ialah penyakit hati yang bahaya. orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana akan turut memburukkan nama jemaah yang diwakilinya.
imam ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia iaitu;
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
- apabila berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.
- apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
- apabila berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
- apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengethuinya.
- apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. tetapi katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
- apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.
sedikit peringatan dan pengetahuan untuk kamu mahupun diri saya sendiri. sungguhnya yang baik itu datangnya daripada allah, manakala yang buruk itu datangnya daripada kesalahan dan kekhilafan saya sendiri.
moga-moga sikap takbur yang ada dalam diri seseorang itu akan berkurangan kerana allah tidak menyukai seseorang yang bersikap takbur.
salam,
TQ perkongsian ini Ana...
ReplyDeletecuba untuk mengingati antara satu sama lain. :)
Delete