Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Friday, 24 May 2013

macam mana nak tau perfume korang tu ori ke tak?


hai olla!

dah lama agaknye aku tak post something kan. well, actually aku pergi kem KOR KADET POLIS PERINGKAT NEGERI hari tu. agak penat la sikit. ye la, 5 hari wokk. dari hari sabtu iaitu 18 mei sampailahke hari rabu hari tu 22 mei. hehe! walaupun penat, tapi berbaloi and sangat-sangatlah best. dapat ramai kawan. kitorang kat sana dah jadi macam 1 family dah. tolong-menolong antara each other. huhu!

okay dah agak panjang kot mukadimah hari ni. before that, korang dah bace belum tittle post untuk kali nie? apa? dah? okay good. sape yang belum tu, hendaklah bace sekarang jugak! 

aku tau mesti dah ramai kan yang tau pasal benda nie. tapi, aku still nak post and bagi tau jugak. kot-kot ada diantara korang yang belum tau lagi ke kan.

okay! let's gone!

first sekali, korang ambik botol perfume korang yang korang beli dengan duit korang tu.
selepas itu, korang terbalikkan botol perfume korang tu. dah?
then, korang goncang-goncang kan botol perfume korang tu. jangan lah goncang pelan-pelan pulak, kot sayang pun berpada-pada la kan. goncang laju-laju sikit. kalau tak laju, tak jadi deh!
lepasdah goncang tu akan terhasillah bubble-bubble di permukaan atas perfume tu kan.
apabila bubble sudah keluar, korang tengok pulak berapa lama masa yang diambil untuk bubble tu hilang.

if bubble tu hilang dengan cepat, bermakna perfume korang tu tiruan ye.

hypothesis: semakin cepat buih hilang, semakin tiruan lah perfume korang tu.

Penjelasan : Buih cepat hilang kerana ratio kandungan solute dan solution di dalam perfume itu adalah sangat berbeda. Dalam erti kata lain, perfume itu banyak di campur air. Kerana itu, ia dipanggil tiruan kerana ia cair dan tidak tahan lama. Jikalau perfume original, buihnya mengambil masa yang agak lama untuk hilang kerana ratio kandungan solute dan solutionnya tidak jauh berbeda (pekat). 

Untuk melihat perbezaan yang ketara, sila bandingkan buih perfume RM35 dengan perfume RM260. Then you got what I mean. Selain itu, anda harus membandingkan perfume dengan perfume (EDP). Bukan perfume dengan Eau de Toilette (EDT) mahupun Body Mist. Ini kerana setiap satunya mempunyai concentration value yang berbeza.

there you go, sekarang dah tau kan. so lepas ni berhati-hati la dalam membeli perfume ye, kalau korang beli dekat petaling street tu, dah sah-sahlah perfume tu tiruan. walaupun minah-minah tu kate ori. mesti die nak kaut untungkan. takkan nak bagitau yang perfume tu bukan ori! ihik!

keredit to: love one

peace


thank you for reading this entry

4 comments :

  1. woisehh. siap ada hipotesis lagi ekk. btw, tq sharing ^_^

    http://bloggadisbrutal.blogspot.com/2013/05/6-5-sebab-kenapa-bf-engkau-tanya-baju.html

    ReplyDelete
  2. welcome dear. sharing is caring right!

    ReplyDelete

COPYRIGHT@ Segala yang tercatat di dalam blog ini adalah hak milik syazana yaya's blog