Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Monday 3 June 2013

apa yang perlu korang buat kalau pokai



assalamualaikum okay aku tau sudah agak lama aku tak post bende yang mengarut mahupun ilmu pengetahuan. miahaha! hal ini disebabkan kerana aku tak tau nak post ape and actually aku nak post hari tu, tapi tah macam mana hari tu allah nak bagi aku demam pulak. herm, bersyukur dengan apa yang telah allah beri kepada kita. penyakit itukan penghapus dosa-dosa kecil! :)

okay! hari ni aku bagi korang tips apa yang korang perlu buat time korang pokai eyh!

firstly, 

Jogging 

bawak-bawak la berjogging. jangan la nak duk memerap je kat rumah tu. tak dapat ape pun. duit tak dapat, kalau duit tak dapat pulak, macam mana nak makan pulak kan. dapat lesu badan je lah! so so so, pegi la berjogging, posisi muka haruslah sentiasa menunduk dengan harapan menggunung moga terjumpa duit.

secondly,

lima puluh sen

ha, korang dengar pun, apa? lima posen? nak beli apa dengan lima posen nie? lolipop sekarang pun dah pat posen. jangan cakap macam tu, cuba korang minta lima posen kat setiap orang yang korang jumpa, kalau seratus orang, lu kira lah sendiri. kan, lepas tu, korang pandai-pandailah carik kedai nak tukar duit syiling tu ke duit ketas. hehe!

thirdly,

pikir pada orang yang lebih memerlukan

korang pikirlah pada mereka yang kurang bernasib baik tu. then, korang bandingkan dengan diri korang, betapa beruntungnya korang di sini. tinggal di negara yang aman tak de pun perang-perang nie. cuba pikirkan pasal kanak-kanak afrika nun yang kebuluran. bayangkan betapa beruntungnya korang.

fourthly,

cari along

haish! along ye! bukan ah long. ye, terdapat banyak perbezaan dari segi makna dan juga ejaan. ihik! cari along atau angah atau alang atau adik korang, minta pinjam seketul dua. berusaha seupaya mungkin buat muka kesian, muka kesian tau,. bukan muka nak kena pelempang!

fifthly,

cek beg duit isteri

ha! yang nie aku tak berani nak ulas panjang-panjang. if korang dah cek beg duit isteri korang tu, pandai-pandailah korang nak hidup kalau dah kantoi eh!

cara di sini boleh dipraktikkan namun tidaklah menjamin kesuksesan 100% tapi sekurang-kurangnya korang dah berikhtiar! huhu!

peace

p/s: memang hari nie aku mengarut sikit. baru lepas elok demam la katekan.



thank you for reading this entry

3 comments :

  1. Hehe, amboii, cari along yg tak menahan tuu. Haha. Bdw, nice sharing. Keep it up!

    ReplyDelete
  2. yang cek beg duit isteri tu agak melampau.. hehe..

    ReplyDelete

COPYRIGHT@ Segala yang tercatat di dalam blog ini adalah hak milik syazana yaya's blog